English Tuition for UPSR

18 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Rantau Panjang Sibu Sarawak mengambil inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar yang bakal menghadapi UPSR dengan mengadakan English Tuition buat kali ke-2 dalam tahun 2019 ini. Objektif aktiviti ini adalah bagi memamtapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris. Aktiviti ini diadakan selama 2 jam dari jam 2:30 hingga 4:30 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar 5 orang pelajar UPSR.

Semasa aktiviti ini, pelajar diberikan 1 set Model Ujian Pemahaman untuk dijawab oleh mereka. Setelah semua selesai menjawab, sesi pembetulan dilakukan. Dalam sesi pembetulan ini, pelajar yang ingin bertanya berkenaan dengan Model Ujian amatlah digalakan bagi membantu memantapkan pemahanan mereka.

Oleh kerana ini merupakan kelas ke-2 English Tuition, rasa malu untuk bertanya dan ingin tahu dapat diatasi dari kelas yang terdahulu. Semoga diharapkan mereka yang akan menghadapi UPSR akan terus maju dalam pelajaran mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali